Filem ini bakal menghantui pawagam mulai 9 April 2009
Penerbit : David Teo
Pengarah : Pierre Andre
Syarikat Penerbit : Metrowealth Movies Production Sdn. Bhd.
Kategori : Filem Cereka
Bahasa : Bahasa Melayu
Genre : Seram
Klasifikasi : U - Untuk tontonan umum
Tarikh Tayangan : 09 April 2009
Durasi : Tiada Maklumat
Audio : Tiada Maklumat
Format : 35mm
Penulis Skrip : Pierre Andre
Lakon Layar : Pierre Andre
Senarai Pelakon:
Julia Ziegler : Natasya
Pierre Andre : Kamal
Nadia Mustafar : Baizura
Almy Nadia : Sara
Ellie Suriati : Mak Su
Azri Iskandar : Ustaz Amin
Rozita Che Wan : Doktor Lisa
SINOPSIS FILEM JANGAN TEGUR
Jangan Tegur mengisahkan Natasya (Julia Ziegler) yang telah terlibat dengan kemalangan jalan raya dan koma selama beberapa minggu. Sewaktu di dalam koma, Natasya telah bermimpi tentang seorang gadis bernama Baizura (Nadia Mustafar) yang disyaki telah hilang 2 tahun secara misteri tanpa khabar berita. Natasya sering diganggu dengan mimpi-mimpi aneh yang menceritakan akan kesengsaraan Baizura yang telah dibomoh dan sering didatangi makhluk-makhluk halus.
Tersedar dari koma, Natasya mula mengalami perkara yang sama seperti yang telah dialami oleh Baizura. Daya penglihatannya tidak membataskan dia melihat makhluk-makhluk halus itu. Ini menambahkan kerunsingan suami Natasya iaitu Kamal. Kamal (Pierre Andre) pula adalah seorang yang tidak mempercayai benda-benda khurafat ini sehinggalah dia melihatnya sendiri.
Melalui mimpi-mimpi yang dialami, Natasya mula menyiasat apakah yang telah berlaku kepada Baizura. Siasatan yang dilakukan telah menyebabkan dia sering diganggu oleh makhluk-makhluk yang menganggu Baizura seperti dalam mimpinya. Apakah yang berlaku kepada Baizura? Mengapakah Natasya dibayangi dengan kemunculan Baizura? Apakah kaitan mereka berdua?
Pelakon lain yang turut menjayakan filem ini adalah Almy Nadia, Ellie Suriati, Azri Iskandar, Kaza dan ramai lagi.

- credit to budiey.com -
saHOLE:
Tengok trailer macam seram jugak lah..tapi nak bandingkan dengan Filem Jangan Pandang Belakang, filem ni kalo tak setaraf maybe bawah sket la..lagi-lagi part yang mayat tu bangun balik..boleh tak tido malam macam ni. Mase filem Jangan Pandang Belakang dulu aku just tengok kat PC je dengan skrin monitor 17 inci, tu pun dah cukup untuk aku amik bantal wat tutup muka.. (huhu aku yang penakut)
Untuk filem ni nak ajak my sayang tgk kat wayang dengan harapan filem ni seram supaya pembaziran tiket tidak berlaku kerana takut tertido.. Tapi skang ni macam bo;eh rase yang filem nie agak seram kalo nak bandingkan ngan cite-cite "antu" yang tengah ditayangkan sekarang.(kalo aku pegi tgk mesti aku yang jd antu dlm tu).

Marilah Bergentayangan Di Pawagam 9 April Ini
0 comments:
Post a Comment